Thursday, December 15, 2011

Christmas & New Year Coming Again

Shalom for all,

Lamenye tak update blog ni..rindu gak nak conteng-conteng blog ni...ehhehe
Pesta Krismas dah nak tiba 10 hari lagi...tinggal lagi 2 minggu dah melangkah tahun baru 2012. Sekejap je rasa tahun dah berubah. Hujung tahun bukan je Pesta Krismas & New Year pesta kawen pon banyak...semua makan besar le katakan..ehhe

Tapi aku rugi gak tak dapat join pesta kawen-kawen ni. Tahun ni aje pesta kawen sepupu, saudara, suku sakat ler memang tak menang tangan. Ape lagi dapat tengok gambar hari bahagia dorang kat Facebook pun jadi la...hehehe tak merasa juga nasi minyak dorang...huhuhu

Sedih???? Memang la..ada. Banyak peristiwa sedih berlaku dalam tahun ni. Dugaan besar buat orang-orang terdekat aku. Tapi nak wat cam mane kan itu keje Tuhan, kita manusia biasa mampu merancang.

Gembira?? Ada gak...especially kalau family aku sume ada kat side aku time yg sangat aku gembira. Suami, anak-anak, my parent, my sibling and all aku sayang sangat kat dorang.

Murung???...Time rumah sunyi macam tak normal...stressfull. Apa lagi kalau tengok muka orang yang tak berkenan kat tuuuutttt.. macam nak cekik orang tu then hulur kan buku 5 and the ending sepak maut....akakak

Meluat??...dengan orang tak sedar diri tak sedar diuntung..herrrmm\

Naik gila?? ...free time mula ler merapu megin benda-benda yang terlebi suda...ahhaaa. Kawan sporting kite pun suka aaarrr...jangan jeles

Benci???...pada masa yang tak dapat dielakkan memang confirm benci tahap dewa...ahaha

Cemburu???...orang dah nak habis study kita masih terkial-kial nak kejar. Orang ada kita takde...korang ade??? ahaha

ape-ape pun tu sume lumrah kehidupan..semoga Tahun baru ni membuka pintu rezeki kita masing-masing. Salam Tahun Baru 2012...Salam Hari Natal

Tuesday, August 23, 2011

Rezeki Bulan Ramadhan

2, 3 hari la bulan ramadhan dah nak habis...raya pula menunggu...heheh
Hajat pada awalnya tak promote pun jualan kek lapis sarawak untuk bulan puasa ni...tetapi rezeki datang tiba-tiba. Jadi teruskan buat aje la...seminggu kemudian ada juga yg tambah order...syukur sangat2 berezeki juga bulan puasa ni.

So, terima kasih banyak2 kepada yg mengorder :-) Sayang korang semua..heheh

Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf Zahir Batin Untuk Semua,  
Tahun Depan Order Lagi,
Mudah-mudahan Rezeki Ada.

Monday, August 8, 2011

Ayam Goreng Loli Pop Ala Chef Riey

Menu ni i belajar kat channel Astro 142. Sedap juga menu ni sesuai untuk anak-anak atau hidangan ringkas keluarga anda... Jom kita kongsi resepi menu Ayam Goreng Loli Pop Ala Chef Riey...yuummmyyy



Bahan-bahan

400gm isi ayam (dicincang halus)
2 ulas bawang putih (ditumbuk kasar)
4 helai daun bawang (dipotong)
1 biji telur
100 gm tepung
Sedikit lada putih & garam secukupnya.
Minyak masak untuk menggoreng
8 - 10 batang serai (untuk hiasan)
Mayonis untuk sos

Cara-cara membuatnya

1. Gaulkan isi ayam yang telah dicincang dengan bawang putih, daun bawang, telur, lada putih dan garam. Kemudian masukkan tepung dan gaul sehingga rata.
2. Panaskan minyak masak.
3. Masukkan serai ke dalam isi ayam dan buat seperti doh kecil. Supaya isi ayam melekat di serai gunakan tepung sewaktu membuat doh agar ianya terbentuk seperti di dalam gambar.
4. Goreng ayam sehingga kekuningan, angkat dan hidangkan bersama mayonis.

Selamat Mencuba!!!


Kek Batik Ala Chef Riey

Ni percubaan kedua sekian lama tak buat. Resepi ringkas & senang je follow..jom kita kongsi resepi Kek Batik Ala Chef Riey...yummyyy



Bahan-bahan

1/2 Buttercup Life

1 cawan serbuk koko
1/2 cawan milo
3/4 gula kastor
300gm biskut Marie
1 cawan air
2 biji telur

Cara-cara membuatnya

1. Masukkan serbuk koko, milo, gula dan air ke dalam periuk dan gaul sehingga rata guna api sederhana sahaja.
2. Masukkan Buttercup Life dan gaul sehingga rata dan masukkan telur kacau sehingga pekat dan biarkan selama 30 saat.
3. Padamkan api. Masukkan biskut Marie dan gaul sehingga rata / sehingga kesemua biskut diselaputi coklat.
4. Masukkan ke dalam acuan dan tekan sikit-sikit sehingga rata.
5. Masukkan ke dalam peti ais dan tunggu sehingga sejuk baru lah dihidangkan.

Selamat Mencuba!!

Pucuk Ubi Masak Lemak Ala Chef Riey

Actually i suka masak, dalam seminggu mesti nak cuba sesuatu yang membangkitkan selera contohnya menu ni Pucuk Ubi Masak Lemak Ala Chef Riey. Kat sini i nak kongsi la macam mana i masak menu ni. Ringkas dan sedap...yummmy



Bahan-bahan

Bahan A

1 ikat pucuk ubi kerinting / 200gm pucuk ubi (ditumbuk halus)
150gm Santan pekat
100 ml air/1 cawan air

Bahan B

3 sudu minyak masak
3 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
30gm ikan bilis/udang kering
2cm halia/sebatang serai
2 biji cili padi
(Semua ditumbuk)
Garam & Ajinomoto secukup rasa

Cara-cara memasak

1. Panaskan minyak masak dan tumis Bahan B sehingga kekuningan
2. Masukkan pucuk ubi yang telah ditumbuk dan gaul sehingga naik bau.
3. Masukkan air dan biarkan selama 5 minit masukkan santan pekat dan gaul sehingga rata. Biarkan selama 3 minit dan tutup api.
4. Hidangkan dan selamat menjamu selera.


Monday, August 1, 2011

My Rose Garden

Thursday, July 28, 2011

This is what we do during free time.....

sometime gi beach bawa my kids


sometime we all gi window shopping saje bawa my kids supaya dorang tak bosan terperap kat umah

My Rose Garden Visitor Page

web counter