Tuesday, August 23, 2011

Rezeki Bulan Ramadhan

2, 3 hari la bulan ramadhan dah nak habis...raya pula menunggu...heheh
Hajat pada awalnya tak promote pun jualan kek lapis sarawak untuk bulan puasa ni...tetapi rezeki datang tiba-tiba. Jadi teruskan buat aje la...seminggu kemudian ada juga yg tambah order...syukur sangat2 berezeki juga bulan puasa ni.

So, terima kasih banyak2 kepada yg mengorder :-) Sayang korang semua..heheh

Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf Zahir Batin Untuk Semua,  
Tahun Depan Order Lagi,
Mudah-mudahan Rezeki Ada.

Monday, August 8, 2011

Ayam Goreng Loli Pop Ala Chef Riey

Menu ni i belajar kat channel Astro 142. Sedap juga menu ni sesuai untuk anak-anak atau hidangan ringkas keluarga anda... Jom kita kongsi resepi menu Ayam Goreng Loli Pop Ala Chef Riey...yuummmyyy



Bahan-bahan

400gm isi ayam (dicincang halus)
2 ulas bawang putih (ditumbuk kasar)
4 helai daun bawang (dipotong)
1 biji telur
100 gm tepung
Sedikit lada putih & garam secukupnya.
Minyak masak untuk menggoreng
8 - 10 batang serai (untuk hiasan)
Mayonis untuk sos

Cara-cara membuatnya

1. Gaulkan isi ayam yang telah dicincang dengan bawang putih, daun bawang, telur, lada putih dan garam. Kemudian masukkan tepung dan gaul sehingga rata.
2. Panaskan minyak masak.
3. Masukkan serai ke dalam isi ayam dan buat seperti doh kecil. Supaya isi ayam melekat di serai gunakan tepung sewaktu membuat doh agar ianya terbentuk seperti di dalam gambar.
4. Goreng ayam sehingga kekuningan, angkat dan hidangkan bersama mayonis.

Selamat Mencuba!!!


Kek Batik Ala Chef Riey

Ni percubaan kedua sekian lama tak buat. Resepi ringkas & senang je follow..jom kita kongsi resepi Kek Batik Ala Chef Riey...yummyyy



Bahan-bahan

1/2 Buttercup Life

1 cawan serbuk koko
1/2 cawan milo
3/4 gula kastor
300gm biskut Marie
1 cawan air
2 biji telur

Cara-cara membuatnya

1. Masukkan serbuk koko, milo, gula dan air ke dalam periuk dan gaul sehingga rata guna api sederhana sahaja.
2. Masukkan Buttercup Life dan gaul sehingga rata dan masukkan telur kacau sehingga pekat dan biarkan selama 30 saat.
3. Padamkan api. Masukkan biskut Marie dan gaul sehingga rata / sehingga kesemua biskut diselaputi coklat.
4. Masukkan ke dalam acuan dan tekan sikit-sikit sehingga rata.
5. Masukkan ke dalam peti ais dan tunggu sehingga sejuk baru lah dihidangkan.

Selamat Mencuba!!

Pucuk Ubi Masak Lemak Ala Chef Riey

Actually i suka masak, dalam seminggu mesti nak cuba sesuatu yang membangkitkan selera contohnya menu ni Pucuk Ubi Masak Lemak Ala Chef Riey. Kat sini i nak kongsi la macam mana i masak menu ni. Ringkas dan sedap...yummmy



Bahan-bahan

Bahan A

1 ikat pucuk ubi kerinting / 200gm pucuk ubi (ditumbuk halus)
150gm Santan pekat
100 ml air/1 cawan air

Bahan B

3 sudu minyak masak
3 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
30gm ikan bilis/udang kering
2cm halia/sebatang serai
2 biji cili padi
(Semua ditumbuk)
Garam & Ajinomoto secukup rasa

Cara-cara memasak

1. Panaskan minyak masak dan tumis Bahan B sehingga kekuningan
2. Masukkan pucuk ubi yang telah ditumbuk dan gaul sehingga naik bau.
3. Masukkan air dan biarkan selama 5 minit masukkan santan pekat dan gaul sehingga rata. Biarkan selama 3 minit dan tutup api.
4. Hidangkan dan selamat menjamu selera.


Monday, August 1, 2011

My Rose Garden

My Rose Garden Visitor Page

web counter