Monday, July 4, 2011

Pengajian Sains Sukan

Finally, i dah dekat nak habis juga pengajian kat universiti walaupun dengan cara apa keadaannya. Baru-baru ni i ada buat assignment mengenai Orang Kelainan Upaya dengan ringkasnya OKU. Sangat challenging juga assignment ni.

1st i cari maklumat kat website tapi tak banyak pun maklumat mengenainya. Sedih sungguh maklumat mengenai Sukan OKU masih belum diketengahkan lagi dalam masyarakat kita.

2nd i minta tolong dengan kawan satu keja. Dia tolong gak sedaya upaya yang termampu, cuma kawan dia le yang lokek sangat dengan perkongsian ilmu pengetahuan. Satu hari i call le kawan dia tanya maklumat manual mengenai sukan OKU ni.


Riey : Encik, saya ni kawan kepada kawan encik Minah (bukan nama sebenar), saya dimaklumkan encik ada bahan manual mengenai sukan OKU ni. Boleh tak encik bantu saya untuk dapatkan maklumat ni? Nanti i datang ambik kat office encik.


Encik A : Eh...eh tak de, tak de. U cari kat Encik B. Ni no telefon dia...0123456789..


Riey : ok tq encik.


Then i call ler si Encik B ni...harap-harap dapat le kan.


Riey : Encik B, saya ada call Encik A mengenai maklumat manual mengenai sukan OKU. Saya dimaklumkan Encik B ada bahan tu.


Tak sampai 10 saat pun...cari pun tidak sah tak nak tolong aku,.huhu

Encik B : maaf le...rasanya macam takde tau.

Riey : ok tq encik.

Susahnye nak cari bahan ni, sampai satu tahap i emel kat MSN. Syukur la sangat-sangat masih ada insan yang nak tolong i. I hargai dia sangat kerana sudi berkongsi ilmu. Diharap masa yang akan datang akan ada pihak yang memperkembangkan ilmu mengenai sukan di Malaysia ni dengan lebih terperinci. Orang kata "kalau kita berkongsi ilmu pengetahuan dengan orang, maka ilmu pengetahuan kita secara tidak langsung akan turut berkembang"

0 comments:

My Rose Garden Visitor Page

web counter